Followers

Tuesday, February 8, 2011

korang jangan boring lak ye hehehe


Aku 'terrajin' lak hari ni kan hahaha..tu yang tayang makan2 je..korang jangan marah lak tau..aku ni kan baru je nak belajo2 masak tu yang tayang makanan je..nak bagi korang rase jauh sangat kan kan hiks..tu pun merasa time mood rajin je la..kalau mood kelaut,maka segala macam tepung pun kelaut la hiks..

ptg tadi aku buat pau..amik resepi dari kawan2 gak..sedap wooo..gebu je..tak bohong tau..buatnye pun sonang je..kalau korang tak percaya korang try la eyh..

sebelum masak..sebelum perap ni..comel je tengok..



Bila dah siap punya la gebu2..suka ai...

resepi:
-2stgh cwntepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
-(3/4 sudu teh) yis kering
-(1/2 sudu teh) baking powder
-(4 sudu makan) gula castor
-(1 sudu makan) lemak sayuran
-(1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam

Cara-cara

1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
8. Masukkan inti dan tutup kemas.
9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

No comments:

Post a Comment